LOADING

Type to search

PDRM tendang warganegara Myanmar: IGP tolong comment sikit!





Photo source Wikipedia 

 

Sungguh kejam dan memalukan. Anggota (POLIS DIRAJA MALAYSIA, PDRM) menendang seorang warganegara Myanmar berkali-kali tanpa rasa berperikemanusiaan di
Taman Jasmin, Senawang . Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan juga pekerja di kilang Dou Yee Manufacturing Sdn.Bhd, Senawang.

Mangsa diminta duduk berderet sementara menunggu giliran menaiki bas untuk dibawa ke pusat kuarantin bersama rakan-rakan lain apabila kejadian ini berlaku. Rakaman 6 (ENAM) saat dibuat oleh salah seorang penumpang yang berada di bas untuk dibawa ke pusat kuarantin.

Anda harus tahu pekerja luar negara dibawa masuk ke negara ini untuk bekerja di syarikat swasta bagi menjana pendapatan syarikat. Dengan ini ia mengukuhkan dan mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Mereka di sini untuk mencari nafkah di mana gaji bulanan akan dihantar ke rumah bagi menampung keluarga masing-masing. Mereka juga adalah insan mulia yang perlu dihormati dan bukan dicaci dan didera seperti ini.

Timbul persoalan adakah ini yang diajar sepanjang tempoh latihan PDRM ? Siapakah yang memberi kuasa untuk memukul sedemikian? Adakah undang-undang mengatakan untuk membuat sedemikian atau anggota polis tersebut befikir boleh menggubal undang-undang sendiri? Adakah pihak atasan PDRM tahu akan kes kejadian ini atau sengaja tidak menghiraukan isu ini? Adakah isu seperti ini akan lebih berleluasa pada masa yang akan datang?

Anggota sedemikian TIDAK LAYAK untuk menjadi seorang anggota polis dan oleh kerana manusia seperti ini yang menjejaskan maruah, imej PDRM dan negara. Diminta untuk mengambil tindakan tegas dan membuka fail siasatan terhadap anggota ini supaya menjadi pengajaran & iktibar kepada anggota polis dan badan beruniform yang lain untuk tidak menggunakan kuasa sewenang-wenangnya.

#warganegaramyanmar #myanmarforeignworker #embassymyanmar #kedutaanmyanmar #tamanjasmin #senawang #seremban #negerisembilan #malaysia #douyeemanufacturing #douyeemanufacturinghrmanager #PDRM #polis #covid19taskforce
#ketuabalaisenawang #ketuapolisseremban #ketuapolisnegerisembilan #ketuapolisnegara
#adunsenawang #ybgunasekaren #exconegerisembilan #ybarulkumar #parlimenseremban #yblokesiewfook #ministryofhomeaffairs #datoserihamzahzainudin #ministryofdefence #datosriismailsabri #lawantetaplawan #fightforjustice

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags:

You Might also Like

Translate »