LOADING

Type to search

IN MIND POLITICS

Dia mungkin sudah tua……

Dia mungkin sudah tua umurnya, tetapi dia tidak nyanyuk dan masih kuat berfikir. Dia mungkin bukan strategis yang hebat, tetapi dia ada pendirian dan prinsip.

Bila mana dia ada peluang untuk terus jadi Perdana Menteri kepada kerajaan bersama kleptokrat, dia tolak kerana prinsip.

Orang salahkan dia kerana dia meletak jawatan tetapi dia buat kerana dia tak boleh jadi Perdana Menteri yang sudah lagi tidak ada sokongan majoriti. Dia tak nak beli sana beli sini untuk kekal jadi Perdana Menteri.

Dia tinggalkan parti yang dia bina dua kali, kerana prinsip juga. Mungkin juga kerana pendiriannya. Dia boleh sokong Perdana Menteri yang ada, anak nya mungkin pegang jawatan yang besar. Tetapi dia tak peduli pun, asalkan dia buat benda betul, tegur benda yang salah.

Dia kena serang kiri, kanan, depan, belakang bukan kerana dia suka bermusuh tetapi dia akan terus serang dan tegur jika sekelilingnya tak betul dan salah.

Ya, dia bukan maksum, bukan juga sempurna. dia ada kelemahannya.

Bila orang tua yang dikata tak relevan ini berdiri tanpa disuruh atau menunggu arahan dimana yang muda ada yang confuse dan menunggu arahan Aku pasti, ada sesuatu yang orang muda kena belajar dari orang tua yang kamu semua gelar diktator ini.

Semua ini lupa, sedikit sebanyak pengorbanan orang tua yang kamu semua kutuk ini lah yang buatkan kamu rasa apa yang kamu semua rasa. Berkempen untuk kamu, berhujan berpanas untuk kamu.

Semalam, orang kata Tun Mahathir ditipu, ya, mungkin dia ditipu, iyalah semua berjanji akan bersamanya di Parlimen, tetapi dia tak rugi apa apa. Ini bukan sekali dia ditipu dan dikhianati.

Apabila dia keluar parti, tak seorang pun ikut. Dia buat keputusan seorang diri. Bagi dia, kalau dalam dunia ni semua menyokong benda yang salah, tinggal dia seorang pun, dia rela menentang arus seorang diri dari mengikut arus dan hanyut. Kalau kenderaan yang dia naiki rosak, dia sanggup berjalan kaki. Begitulah semangat orang tua ini.

Apa sahaja idealogi yang aku ada sekarang, aku ketepikan dulu. Yang utama, aku akan terus bersama ‘orang tua’ ini sampai akhir hayat aku. Sekurangnya, nanti, suatu hari nanti, aku akan bangga bercerita dengan anak cucu atau masyarakat dunia, aku bersama dengan perjuangannya sampai akhir hayatnya.

Semalam, aku merasa bangga, memilih untuk bersama dengan perjuangannya..itu lah tun M.

 

author unknown.

4.7 27 votes
Article Rating

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags:

You Might also Like

4 Comments
Most Voted
Newest Oldest
Inline Feedbacks
View all comments
Sayed Abudhahir Bin Habeeb Mohd
Sayed Abudhahir Bin Habeeb Mohd
1 month ago

He saved the country and its people. He saved the nation and the future generations. Just when he was about to relax and enjoy the… Read more »

Translate »