Type to search

IN MIND POLITICS

Of Fake News and Tipu Menipu!

Hi Guys…before you read the article “CUMOLUT UMNO ANWAR DAN GERAKAN PENYINGKIRAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN” that comes after this comment from me, I want to have my say on a few things. The article was forwarded to me early yesterday evening after I received this message from one of our friends at 9.22 PM.

Q : As salam…Rumours going around our brother n group forwarded SDs to Agong
True
False?  

A : Will check and get back to you bro.

I made my inquiries and the posting below was forwarded to me by another one of our friends who asked me if that was the posting I was talking about “CUMOLUT UMNO ANWAR DAN GERAKAN. PENYINGKIRAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN”. I thank him for forwarding the article to me and sat down to read it. Long story short, I concluded that the article is just one more attempt to try and cloud the current political realities with innuendos, fake news, and untruths in order to confuse us all.  I put the article away in “save” and shared my thoughts on that article with some of our friends : To beware of the fake news that the article contained ….which accused DSAI, Najib and Zahid of wrecking asunder UMNO in their quest to take the government from Din and his political pariahs. I went to bed at around 2 am.

I woke up early, had breakfast and a Long Black in my living room, and had the TV on to catch up with what had happened out there in the world while I was asleep. …but that article kept coming into my head because I knew that by this morning, the same article would have been all over the Net sowing confusion and doubts among many Malaysians as to what was happening in Bolehland in the lead up to the passing or not, of the 2021 budget within the next 48 hours. After my coffee, I decided that I will share that post with you guys BUT I will also post my thoughts and comments on the article and then leave it to the wisdom of you guys to figure out what is kosher and what is not…..so go read the article now and make your own conclusions….suffice for me to say that I am sure Budget 2021 will not pass muster. Din and his political pariah will exit, Anwar and his formidable majority will take government.

What comes after? If I know I would tell you but for now, anything to get Din and his political pariahs out on the streets. Enough said.

 

 

CUMOLUT UMNO ANWAR DAN GERAKAN
PENYINGKIRAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

1. Selepas daripada kegagalan mendapat persetujuan YDP Agong untuk menerima beliau sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melaksanakan gerakan baru. Penolakan YDP Agong terhadap surat akuan sokongan secara persendirian Dato’ Seri Zahid dan Dato’ Sri Najib ini menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun gerakan baru mengumpul SD bagi membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti di Parlimen.

2. Kali ini tindakan beliau lebih kemas dengan koloborasi pemimpin UMNO dan PKR. Mereka yang mengatur gerak terdiri daripada Dato Ahmad Jazlan Yaakub, AP Machang yang selalu berbincang ketika bermain golf bersama orang kanan Datuk Seri Anwar iaitu Supardi bin Mohd Nor. Pemimpin lain yang terlibat adalah orang kanan Dato Seri Najib iaitu Dato Johan Abdul Aziz, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat dan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Saifuddin Nasution.

3. Dato’ Sri Anwar mendapat sokongan padu daripada Dato’ Sri Najib dan juga Datuk Seri Zahid Hamidi. Kedua-dua mereka telah dijanjikan untuk dibebaskan dengan semua pertuduhan dan kes mahkamah termasuk beberapa orang pemimpin UMNO yang lain. Akibatnya ramai yang terdiri daripada kluster mahkamah menyokong seperti Dato Ahmad Maslan dan Dato’ Azez Rahim. Sebahagian daripada gerakan ini dibantu oleh Rosmah Mansor melalui spin yang dibuat oleh Lokman Noor Adam dan blogger Zamil.

4. Ke arah itu, Bosku bersama Zahid dan teamnya yang diketuai oleh Dato’ Ahmad Jazlan dan Dato’ Johan Abdul Aziz beserta beberapa pemimpin tertinggi UMNO gigih melakukan kerja dibelakang tabir mengumpul SD daripada ahli Parlimen UMNO. Sasaran mereka adalah untuk memperolehi 20 SD ahli Parlimen UMNO.

5. Setakat ini, beberapa ahli Parlimen telah berjaya diperolehi SD dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Untuk memperolehi SD ini, Najib telah membat bayaran terhadap AP berkenaan.

6. Manakala Tan Sri Noh Omar, Dato Hasan Arifin, Dato’ Sri Mahathir Khalid dan Dato’ Seri Ismail Sabri terus kekal tidak mahu menandatangani SD kerana enggan memberi kerjasama dengan Anwar Ibrahim. Malahan Tan Sri Noh Omar dan Dato’ Hasan Arifin terus tegas sebarang keputusan UMNO adalah perlu dalam bentuk kolektif dan bersama.

7. Antara AP UMNO yang dikenal pasti memberi SD adalah:-

(a) Dato’ Sri Najib Tun Razak, AP Pekan
(b) Datuk Seri Zahid Hamidi, AP Bagan Datok
(c) Dato’ Sri Tajuddin Abdul Rahman, AP Salak
(d) Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, AP Machang
(e) Dato’ Sri Nazri Aziz, AP Padang Rengas
(f) Datuk Mohamad Alamin, AP Kimanis
(g) Mohd Sahar Abdullah, AP Paya Besar

8. Manakala 2 ahli Parlimen lain adalah Jugah anak Muyang, AP Lubok Antu (BEBAS) dan Dato’ Masir Kujat, AP Sri Aman (Parti Bersatu Sarawak) telah menandatangan SD dan menyerahkannya kepada Najib di rumah bosku Di Pavilion pada 22 Nov lalu. Bagi Masir dan Jugah runner Najib mengatur pertemuan ini dengan ganjaran yang disediakan oleh Najib kepada 2 AP berkenaan.

9. Sementara itu, bagi DAP, sebahagian besar ahli Parlimen mereka dilaporkan telah menandatangani SD dan bersetuju Anwar sebagai Perdana Menteri. Manakala sebahagian lagi dalam proses dipujuk menandatangani SD berkenaan pada 23 November 2020 lalu.

10. Gobind dan Anthony Loke bersama Guan Eng telah mengadakan perjumpaan dengan Anwar bagi menghasilkan sokongan tersebut. Anwar berjanji akan memberikan jawatan Kementerian Utama kepada DAP sebagai balasan menyokong beliau sebagai PM. DAP pula meletakkan syarat supaya pemimpin yang ada kes mahkamah tidak dibenarkan berada didalam kabinet. Ini yang membuat Anwar pening dan Najib bersama Zahid bermuram seketika.

11. Bagi AMANAH pula, berpecah dua, geng Datuk Seri Salahuddin Ayub telah meyerahkan SD manakala sebahagiannya masih belum menandatangani SD termasuk Khalid Samad, AP Shah Alam. Gerakan juga turut dilakukan untuk mendapatkan tandatangan daripada ahli Parlimen Parti PEJUANG. Tun tidak sedar bahawa telah ada PEJUANG yang telah tandatangan SD.

12. SD ini adalah untuk menolak Belanjawan 2021 dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin serta menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

13. Dengan sokongan ahli Parlimen UMNO sendiri, gerakan ini berpotensi berjaya dengan menggunakan platform Parlimen.

14. Bagi Anwar pula beliau lebih senang supaya bajet diluluskan terlebih dahulu kemudian disusuli dengan undi menolak PM di parlimen. Beliau juga merancang bersama Najib dan Zahid untuk membawa semua SD kepada Agong selepas bajet diterima di Parlimen. Ini bagi memudah beliau selaku PM nanti yang tidak memerlukan lagi bajet dibawa semula ke Parlimen.

15. Kesedaran perlu ada dikalangan ahli dan pemimpin serta grass root UMNO supaya bangkit menentang kemungkaran dalam UMNO sekarang. Pengkhianat terus dibiar bermaharaja lela menjahanamkan parti untuk kepentingan diri. Dulu UMNO pernah pecat Tan Sri Muhyiddin, Dato’ Sri Shafie Apdal diugut untuk dipecat, Tun M juga begitu dan ramai lagi dipecat cuma kerana mengkritik pemimpin UMNO. Tapi sekarang Najib dan Zahid mengkhianati parti dibiar terus merosakkan musyawarah UMNO.

16. UMNO begitu busuk dengan rasuah dan salah guna kuasa kerana Najib dan Zahid, UMNO kalah teruk dalam PRU 14 dan hilang kuasa kerana Najib dan Zahid juga. Adakah kali ini UMNO akan hilang sokongan dan dibenci rakyat sekali lagi kerana berpunca daripada tindakan Najib dan Zahid lagi.

17. Atau UMNO akan terus lenyap selepas ini berpunca daripada tindakan Najib dan Zahid juga. Apa yang ahli dan pemimpin UMNO bodoh dan pelahap sangat sampai tidak boleh mengasingkan diri dan membina kembali keampuhan UMNO tanpa mereka berdua.

18. Duduk wirid dan fikirkan wahai semua Ahli dan pemimpin UMNO.

 

 

 

 

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags:

You Might also Like

Translate »