SURAT TERBUKA

Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri

Dr Xavier Jayakumar
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

Latheefa Koya 
Ketua SPRM

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail
Menteri Besar Pahang

Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak
Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang

Kolonel Nazim Mohd Alim
Setiausaha Sulit Sultan Pahang 
_______

1. Monopoli pasir tidak boleh menguntungkan Kerajaan Pahang.

2. Malah Akan memberi kesan lebih buruk apabila pelabur mula lari.

3. Kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Masalah ini muncul bila ada pihak ingin mengaut keuntungan atas angin.

4. Siapa tak kenal Lt. Kol. (B) Nor Hashim Abdul Aziz. Dia digelar raja pasir oleh sesetengah operator.

5. Saya kurang pasti dia (Kol. Hashim) ini sebenarnya masih berkhidmat atau tidak lagi sebagai Setiausaha Sulit Khas Kepada Baginda Sultan Pahang.

6. Menurut sumber, dengan kedudukan ini caranya dia menjual nama pihak istana untuk kepentingan dirinya dan memperkuda orang.

7. Sebelum ini dia menguruskan Syarikat yang memiliki permit eksport (AP) pasir ke luar negara.

8. Semua operator yang hendak mengeksport pasir wajib guna permit dia ini, sekiranya enggan makan pasir sahaja.

9. Menurut sumber juga, dia ada hubungan sangat rapat dengan beberapa pemimpin politik di Negeri Pahang.

10. Tiada siapa berani tegur kononnya dia ada kabel besar dan sering menjual titah Baginda Sultan.

11. Paling memalukan seluruh warga staf, pegawai tinggi kerajaan, Exco dan operator tahu perangai dia yang lebih sudu dari kuah.

12. Pada pertengahan tahun 2019, Kerajaan Pahang menubuhkan Syarikat Pengurusan Pasir Pahang Berhad.

13. Tujuan penubuhan Syarikat ini kononnya satu keperluan Kerajaan menyelaras pengeluaran pasir di Negeri Pahang.

14. Apa yang jadi kemusykilan nama Kol. Hashim adalah salah seorang Lembaga Pengarah Syarikat ini.

15. Selain dari nama dia, saya lihat nama Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Tanah dan Galian, Wakil Rakyat dan lain-lain penjawat awam.

16. Saya hairan nama-nama besar berkenaan boleh dimasukkan dalam Syarikat itu. Bagaimana penjawat awam boleh ada kepentingan perniagaan?.

17. Syarikat ini juga beroperasi mengagihkan konsesi pasir di Negeri Pahang.

18. Pejabat Tanah dan Daerah memaklumkan bahawa semua permohonan mengeluarkan pasir wajib dibuat melalui Syarikat ini.

19. Belum ada dalam sejarah Kerajaan Negeri membuat dasar seumpama ini.

20. Saya kurang pasti siapa yang menjadi pekerja kepada Syarikat ini. Adakah pekerja mereka semua ini pernah terlibat aktiviti perlombongan? Wallahua’lam bisshowab.

21. Menurut sumber, Kol. Hashim ini diberi kuasa untuk menapis setiap permohonan pasir.

22. Tetapi dia telah menyalah guna kuasa memilih hanya kroni kemudian membuang dokumen lengkap pemohon tidak dikenali. Perbuatan ini boleh merosakkan nama Ahli Lembaga yang lain.

23. Saya cadangkan demi kebaikan rakyat dan menyekat kroni, Menteri Besar perlu mengkaji kedudukan Kol. Hashim itu sebagai Lembaga Pengarah kerana menurut sumber juga hanya ‘taukeh-taukeh’ pasir tertentu akan dilayan istimewa olehnya.

24. Apa difahamkan oleh sumber, apabila taikun-taikun besar itu datang tidak perlu menunggu lama untuk berurusan sebaliknya terus berjumpa dalam biliknya walaupun sudah ada temu janji yang telah diatur lebih awal oleh rakyat biasa.

25. Tidak menjadi rahsia lagi siapa taukeh pasir besar dibelakangnya. Banyak konsesi sebelum ini juga diberikan kepada kroninya saja tanpa melalui proses tender terbuka yang adil. Ini membuktikannya tidak telus.

26. Dia yang paling banyak bercakap dalam mesyuarat pemilihan operator untuk mempengaruhi keputusan melantik siapa atau operator mana yang layak diberikan konsesi pasir mengikut kehendak dia.

27. Dia hanya mengenyangkan dirinya tetapi merugikan Kerajaan Negeri dan rakyat.

28. Saya juga akan membuat laporan kepada SPRM Putrajaya bagi menyiasat dakwaan itu.

29. Saya memohon kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber asli menggantung sementara permit eksport (AP) pasir di Negeri Pahang sementara siasatan dijalankan nanti sehingga selesai.

30. Apa diharapkan Menteri Besar Pahang mengambil cakna berhubung perkara ini.

31. Kemelut dalam industri perlombongan pasir di negeri ini bukannya bertambah baik sebaliknya semakin parah hanya disebabkan tindakan seorang individu yang hanya memikirkan periuk nasi sendiri.

32. Peluang seharusnya lebih terbuka dan turut diberikan kepada pelbagai pihak yang mahu terlibat dalam industri perlombongan pasir di negeri ini bukan dimonopoli oleh satu pihak yang sudah jutaan ringgit mengaut keuntungan.

33. Beri kemudahan, bukan menambahkan sulit. Amat sedih, mengecewakan dan menganiaya.

34. Kembalikan hak rakyat. Adalah lagi baik kepada prosedur permohonan sebelum ini yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Tetap (Pasir) di Pejabat Tanah dan Daerah sahaja.

(Yang Mulia Tengku Rosfaizal Bin Tengku Bahakeri Shah)
Pengerusi Permuafakatan Pengusaha Pasir Pahang (PPPP)
0103342142

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •