MALAYSIA MILIK MELAYU

1. Aku tak pasti betul atau tidak memang ada keluar kenyataan ini daripada mulut Zainal Kling. Setakat yang aku baca, dia tak sebut bulat-bulat seperti itu. Tetapi lebih kepada tafsiran media berdasarkan ucapan-ucapan dia.

2. Aku terbuka untuk diperbetulkan jika memang ada video ucapan yang dia sebut hal itu secara jelas.

3. Pun begitu, aku rasa naratif Malaysia milik Melayu bukan sesuatu yang asing. Benda ini memang membenak di dalam fikiran sebahagian orang Melayu.

4. Aku berpendapat, Tanah Melayu memang milik orang Melayu. Tetapi Tanah Melayu sudah menjadi sejarah dan kini telah menjadi sebahagian daripada negara Malaysia.

5. Malaysia milik siapa? Ia milik setiap rakyat Malaysia yang punyai status warganegara tanpa melihat warna kulit atau agama. Ia milik semua anak-anak Malaysia.

6. Walaupun begitu, Malaysia seperti mana negara lain memiliki identiti teras negara kerana faktor sejarah. Penerimaan identiti teras inilah yang membolehkan terbentuknya negara Malaysia.

7. Antara identiti teras Malaysia ialah budaya orang Melayu, bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam. Ini yang menjadi identiti teras kepada negara Malaysia.

8. Maka kita boleh lihat, di dalam banyak urusan rasmi kerajaan Malaysia, identiti teras ini boleh dilihat sangat dominan. Budaya dan agama lain bebas diamalkan mengikut aturan individu dan masyarakat tanpa sekatan.

9. Apabila ada sebahagian rakyat Malaysia dilihat tidak mampu untuk menzahirkan penerimaan terhadap identiti ini, maka sebahagian orang Melayu mula mempersoalkan kesetiaan mereka. Setia pada Malaysia atau negara asal nenek moyang mereka?

10. Tidak mampu bertutur bahasa Melayu dengan baik dan masih mahu kekalkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) merupakan antara isu berbangkit apabila kesetiaan terhadap identiti negara dipersoalkan.

11. Dalam masa yang sama, ada sebahagian orang Melayu masih bernostalgia bahawa Malaysia ini kekal Tanah Melayu. Tanah Melayu bererti hanya orang Melayu sebagai warganegara dan kaum lain sebagai pendatang.

12. Sentimen ini menyebabkan sebahagian masyarakat bukan Melayu merasa seakan tersisih dan dilayan seperti “2nd class citizen”.

13. Bagi aku hal ini sangat rumit untuk diselesaikan tetapi amat jelas pokok permasalahannya.

14. Malaysia milik semua dan bukan untuk orang Melayu sahaja. Usah lagi main retorik Tanah Melayu.

15. Semua orang wajib terima identiti teras Malaysia tanpa perlu lagi berpolemik. Lihat Malaysia. Bukan negara China atau India.

16. Bunyi macam senang tetapi masih belum ada pemimpin politik yang berjaya selesai dan damaikan isu ini.

17. Pendapat aku tak popular dikalangan orang Melayu dan orang Malaysia. Apatah lagi dikalangan Armada dan BERSATU.

18. Nanti adalah orang gelar aku Melayu liberal atau ultra-Melayu. Dua istilah yang saling bertentangan.

19. Tapi aku peduli apa!

20. Ada orang baca tajuk je ke? 😂

Ikhlas,
🧔

#KANS

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •