Assalamu’alaikum.
Saya tertanya-tanya ada ke acronym PKR untuk Parti Keadilan Rakyat atau Parti Keluarga & Rakan2? Ada juga gelaran “Istana Segambut”, seolah-olah “keluarga pertama” PKR ada kuasa mutlak dalam urusan Parti. Ada juga penasihat2 yang sanggup angkat pemimpinnya a’la UMNO, angkat habis habisan untuk kepentinggan diri. Jangan sampai tahap sombong dan bongkak serperti dalam cerita “Emperor’s New Clothes”.

Maksud “REFORMASI” adalah, “perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, misalan dalam sistem sosial, politik dan kebudayaan sesebuah masyarakat”. Jika kita tidak boleh ditegur atau dinasihati, apa makna REFORMASI? REFORMASI kena dilaksanakan di rumah sendiri dulu sebelum hendak cuba ajar orang lain. Ciri-ciri REFORMASI adalah “humility”, sedia bertolak angsur, kesediaan membahas idea/prinsip baru, berkerja sama dengan pemimpin yang di pilih oleh ahli/rakyat, berdisipline dan kerja untuk rakyat. Ideal dan prinsip patut di laksanakan dengan teliti.

Rakyat, civil societies dan penyokong-penyokong kuat PH sudah mula mengeluh dan meluat melihat kerenah personaliti2 PH dan keadaan tidak sihat dalam PKR. Malangnya apa yang berlaku sekarang tidak dapat di nafi oleh pihak PKR.
Kalau seorang pemimpin confident, “inclusive” atau matang, semua jawatan lantikan patut di penuhi oleh orang bebas. Saya yakin ahli ahli bebas akan jaga kepentingan dan nama baik PKR. Apa nak takut, jawatan President di menang tampa bertanding.
Jika pemimpin takut dengan bayang dia sendiri, dia tak layak jadi pemimpin.

 

Ibrahim Yaacob : Ketua KEADILAN Cabang Setiawangsa

Biography
Ibrahim Yaacob merupakan anak kepada Tan Sri Yaacob Latif iaitu Datuk Bandar Kuala Lumpur yang Kedua. Lahir pada 8 November 1952, lulus sarjana muda perniagaan-perakaunan dari Curtin University of Technology pada tahun 1977. Dan sebaik tamat pengajiaan beliau telah menjawat beberapa jawatan penting dalam banyak syarikat kewangan dan pelaburan terkemuka tanahair. Pada tahun 2006, beliau telah mengambil keputusan untuk bersara bagi membolehkan beliau lebih aktif menceburi bidang politik sehinggalah pada 2007 beliau telah dilantik menjadi ketua staff di pejabat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bagi membantu melancarkan urusan pejabat dan jadual ketua pembangkang Parlimen Malaysia itu.
steadyaku47 comment : Ibrahim no longer works di pejabat Anwar Ibrahim. If you want to know about PKR go read what Ibrahim post on his FB…tales from the “horses mouth” as they say. We….me and him are cousins. 
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •