PKR will not accept ex-Umno leaders – Dr Wan Azizah

This is to assure the party’s old allies that PKR is committed to the reform agenda, she says.

Baru joint keadilan tujuh bulan ….presiden dah angkat jadi pengerusi MPN

 

 

WARKAH BUAT TUAN PRESIDEN DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Assalamualaikum dan semoga Dato Seri berada dalam limpah kurnia Allah SWT dan diberi rahmat serta kesihatan untuk menerajui negara selaku Perdana Menteri Malaysia Ke 8 nanti.Terdahulu,rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada Dato Seri diatas kemenangan tanpa bertanding sebagai Presiden kami yang baharu dan sememangnya inilah kehendak & kemahuan kami selaku anggota parti setelah sekian lama memperjuangkan slogan ” REFORMASI “.Kami juga cukup yakin dengan kepimpinan Dato Seri untuk mengepalai hala tuju parti selaku parti pemerintah pasca PRU 14 yang lalu.Kami akan berdiri teguh dibelakang Dato Seri.

Setiap manis ada pahitnya,setiap perjuangan ada onaknya Dato Seri.Saya kira Dato Seri lebih arif serta masak dengan pahit manis serta onak dalam perjuangan.Bagai ada sesuatu yang menyentap “keberahian” dalam perjuangan kami anggota Keadilan di Kelantan khususnya lantaran perlantikan Pengerusi MPN yang telah diumumkan tempoh hari Dato Seri.Semangat perjuangan kami “BAKO TITIHAN DARAH TOK JANGGUT” seolah tercabar dengan perlantikan yang telah dilakukan.Bukan niat untuk mengingkari keputusan Dato Seri jauh sekali untuk berpatah arah dalam perjuangan namun inilah wajah sebenar KEADILAN,dimana kami diajar dan diasuh menegakkan yang Haq dan menentang yang Batil.Parti yang menjunjung tinggi hak kebebasan dan demokrasi,maka ini yang kami telusuri.

Kami tidak TOTOK kepada mana-mana pemimpin namun kami punya maruah serta prinsip kami sendiri Dato Seri,yang mana prinsip ini kami pelajari daripada Dato Seri sendiri yakni BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH.Dato Seri,kami di Kelantan TIDAK BOLEH sama sekali menerima cemuhan serta herdikkan dihembur kepada pimpinan kami.Bagaimana kami akan berhadapan dengan nista pihak lawan yang menggunakan isu ” AHLI UMNO NAMUN MASIH DIGANTUNG ATAS KESALAHAN POLITIK WANG” yang dikaitkan dengan Pengerusi MPN kami yang baharu.Maruah kami seakan disiat-siat bilamana isu ini dibangkitkan sedangkan parti kita yang kuat menentang pemimpin rasuah,nanun parti kita jugalah yang mengangkat orang yang punyai masalah rasuah sebagai pemimpin tertinggi dinegeri kami.Anggota akar umbi menzahirkan rasa ralat dan terkilan Dato Seri diatas perlantikan ini.Masih ramai pemimpin dan ketua-ketua cabang lain yang boleh dianggap senior serta berkebolehan memimpin kami di Kelantan selain Dato Sri Suparadi.

Seni politik Kelantan ini unik lagi halus Dato Seri.Untuk menawan Kelantan kita perlu tawan jiwa rakyatnya dahulu.Rakyat Kelantan amat jijik dengan rasuah malah amat jelik dengan pemimpin yang terpalit dengan rasuah.Rakyat Kelantan tidak hirau dengan wang ringgit,rakyat Kelantan tidak pandang gelaran “Dato” mahupun “Tan Sri”.Bukti telah sama kita saksikan,jika wang ringgit serta gelaran jadi pilihan masakan selama 28 tahun UMNO ditolak di Kelantan ini.

Jutaan kemaafan saya pinta jika warkah ini mengguris hati Dato Seri,bukan niat ingin menderhaka namun ini untuk kebaikan belaka.Hanya kepada Dato Seri sahaja kami berharap dalam hal ini dapat dirunding kembali demi kepentingan parti dan kepercayaan rakyat Kelantan kepada Keadilan.Kami beranggapan dalam kita mencari yang terbaik pendapat dan pandangan ramai harus didengari dan kami percaya,Dato Seri Presiden lebih arif hal ehwal ini.Sekali lagi kami tegaskan,besar harapan kami agar perlantikan Pengerusi MPN Kelantan dikaji semula dan keakraban dalam parti ini dapat dijalan kembali demi memastikan hala tuju perjalanan kami di Kelantan ini lebih jelas dan teratur.Kami tidak rela pimpinan kami dijadikan modal dan peluru yang boleh membunuh perjuangan kami.

Sekian,terima kasih.

DARMA PUJANGGA

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •