Type to search

FEATURED

Sindiket Godam Sistem Imigresen Tumpas : Melayu Lagi!

Putrajaya – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia telah berjaya melumpuhkan satu sindiket terbesar yang terlibat dalam pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu yang melibatkan kerugian kepada hasil kerajaan dalam bentuk levi pekerja asing mencecah ratusan juta ringgit.

Lima orang termasuk Ketua Sindiket yang bergelar Datuk telah ditahan dalam operasi besar-besaran di 22 lokasi sekitar Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi. Kesemua berusia antara 33 tahun hingga 43 tahun telah ditahan hasil risikan yang dijalankan oleh SPRM dan JIM sejak setahun yang lalu.

Sindiket ini dengan kerjasama “orang dalam” telah berjaya mengodam pengkalan data JIM dengan memasang transmiter untuk membolehkan anggota sindiket untuk menukar kata laluan pegawai imigresen dan seterusnya mencetak PLKS dari pusat operasi mereka di luar pejabat JIM.

Ini merupakan suatu pencerobohan ke dalam pengkalan data agensi kerajaan dan merupakan isu kebocoran keselamatan yang sangat serius.

Keupayaan ahli-ahli sindiket mengodam sistem komputer JIM membolehkan mereka mencetak PLKS dan menjualnya kepada warga asing yang bekerja secara haram di negara ini. Dianggarkan ratusan ribu PLKS palsu telah dicetak oleh sindiket ini dengan bayaran antara RM6,000 – RM8,000 bagi setiap PLKS.

Isu ini pernah dibangkitkan dalam Laporan Audit dan dibincangkan di Parlimen mengenai ketirisan hasil kerajaan dan kebocoran sistem keselamatan negara.

Modus operandi sindiket ialah mengodam sistem imigresen dengan memasang transmiter di bilik komputer JIM hasil kerjasama orang dalam. Sindiket ini berupaya mengodam, menukar dan menggunakan kata laluan pegawai-pegawai imigresen untuk memasukkan nama-nama serta butiran peribadi pekerja asing seolah-olah mereka mendapatkan PLKS secara sah. Walhal ianya hasil tindakan penggodaman sistem JIM.

Yang lebih mengerunkan di mana, sindiket ini juga berupaya membuka dan menutup semula status “senarai hitam” atau “red alert” seseorang individu untuk membolehkan beliau melepasi sekatan imigresen di lapangan terbang dengan bayaran tertentu. Kesemua operasi dilakukan di luar pejabat imigresen menggunakan transmiter dan sistem yang diklonkan dari pengkalan data imigresen.

Serbuan semalam berjaya merampas peralatan komputer termasuk dua sistem komputer klon dan transmiter yang digunakan sindiket ini. Sindiket ini dipercayai sedang beroperasi di salah sebuah hotel terkemuka di Jalan Sultan Ismail. Mereka sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain termasuk hotel-hotel mewah bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Datuk Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Beliau menegaskan bahawa siasatan ke atas kes ini akan dibuat secara menyeluruh dan memastikan kesemua ahli sindiket termasuk “orang dalam” dikenakan tindakan yang sewajarnya.

SPRM memuji ketegasan Ketua Pengarah JIM kerana sanggup mendedahkan kepincangan yang berlaku dan memberikan kerjasama penuh risikan dalam kes ini.

MACC busts another immigration ring, arrests ‘Datuk’ leader

Nicholas Chung
 –

April 6, 2021 1:31 PM

The items seized by the authorities in a raid at a hotel at Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, yesterday.

PETALING JAYA: Another immigration syndicate has been busted by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and Immigration Department, this time involving fake temporary employment passes.

A well-placed source told FMT that five individuals have been arrested, including the head of the syndicate who possesses a Datukship.

The suspects, aged between 33 and 43, were arrested following large-scale operations in 22 locations in Kuala Lumpur since early this morning. MACC and the immigration authorities had been conducting surveillance on their activities in the past year.

Operating with the aid of “insiders” in the Immigration Department, the syndicate is said to have cost the government hundreds of millions in revenue through foreign worker levies.

It is estimated to have printed hundreds of thousands of falsified work passes sold at between RM6,000 and RM8,000 a pass to undocumented migrants working illegally in Malaysia.

“They hacked into the department’s database by wiring transmitters in the department’s computer room, enabling them to change the passwords of officers, before printing the work passes from a remote location.

“That’s a very serious security breach,” the source said.

The source also revealed that the syndicate was able to remove or add individuals to the department’s “red alert” or blacklist allowing them to help certain people bypass security checks at airports for a certain price.

“All this is done remotely, outside the immigration’s office, using transmitters and a system cloned from the immigration’s database,” the source said.

MACC seized several computers and items used by the syndicate during a raid on a well-known hotel at Jalan Sultan Ismail, from which the syndicate was last believed to be operating.

It is said to move from one location to another to avoid being tracked down by the authorities, with luxurious hotels a regular base of operations.

MACC chief Azam Baki confirmed the arrests when contacted and said investigations are being conducted under Section 17 of the MACC Act.

He stressed that the probe will be done in a holistic manner to ensure that every syndicate member is brought to justice, including the immigration insiders.

In November last year, MACC crippled an immigration syndicate with the arrest of 53 people, including an immigration deputy director and 33 officers.

5 15 votes
Article Rating
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Translate »
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x