Type to search

LIFESTYLE

Bank Pembangunan: Curi duit Rakyat.

Bank Pembangunan: Curi duit Rakyat

4 orang telah dituduh menerima komisen rm8 juta setelah meluluskan pinjaman untuk satu projek yg tidak wujud. Satu projek yg tidak ada, diwujudkan dengan tujuan untuk mendapat pinjaman dengan menggunakan orang dalam. Setelah pinjaman diluluskan dan wang disalurkan, syarikat itu telah ditutup. Tiada projek yang dilaksanakan.

Suspek utama, setelah menerima sogokan, memudahkan kelulusan pinjaman itu, tanpa kajian fisibiliti atau penelitian. Ia dilakukan tanpa mengikut prosedur bank.

Dato ini bersama rakannya tahu mana yang salah atau benar. Dalam mereka menerima kebenaran quran dalam hati mereka, tetapi itu hanya retorik. Mungkin ruh mereka kuat tapi diri mereka lemah. Bila tamak menguasai diri, mereka mencuri dan merompak. Ini yang berlaku kepada mereka yang diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk pengurusan institusi kewangan kita. Bank Negara hancur. Kementerian Kewangan hancur. Khazanah, EPF dan institusi lain dimana wang rakyat diletakkan.

Kenapa ini berlaku?

Bilakah Dato ini, yang semestinya seorang suami dan ayah, ketua keluarga, mula membenihkan idea menipu bank berjuta ringgit dimana dia adalah Presiden dan Pengarah Urusan?

Adakah dia pemula kepada penipuan, bersama berkomplot atau dia hanyut dalam ketamakan yg memerlukan juta ringgit utk kepuasan? Pastinya sebagai Presiden dan Pengarah Urusan Bank Pembangunan, gajinya adalah besar. Pakejnya semestinya besar. Pejabatnya, kakitangan personal dan sokongan pastinya mencukupi bagi jawatan beliau.

Sebagai Dato dan Pengerusi Bank, kedudukan dan penghormatan dalam masyarakat dan keliling beliau semestinya tinggi. Tetapi beliau mengambil risiko untuk hilang semua itu kerana melakukan jenayah untuk mendapat kemewahan? Kenapa?

Kenapa begitu ramai melayu, muslim, yg merupakan pemimpin, malah teras dalam masyarakat, atau ketua dalam industri dan politik – mengapa mereka memperjudikan semua itu kerana ketamakan?

Maka sekarang, bagaimana isterinya seorang Datin, akan menghadapinya? Adakah Datin akan terus hidup seperti biasa atau lari menyorok? Bagaimana dengan anak2? Bagaimana dia mahu menerangkan perbuatan jenayahnya pada anak2? Adakah dia akan berkata, dia buat itu untuk anak2nya? Untuk pendidikan dan masadepan mereka? Adakah dia memcuri untuk keluarganya? Pastinya orang seperti kedudukannya mempunyai lebih dari cukup untuk saraan keluarganya dan mungkin masih mempunyai lebihan. Atau tiada?

Ini yang saya terfikir tiap kali saya melihat melayu, muslim, bumiputera yang memegang jawatan tinggi ditangkap kerana salahlaku.Ditangkap kerana mengambil wang yang bukan milik mereka. Ditangkap kerana menghancurkan kepercayaan yang diberikan rakyat kepada mereka untuk menguruskan negara ini. Semua salahlaku ini, semua tangkapan ini, dan pendakwaan, sabitan dan dipenjarakan, terhadap melayu begini, mencarik parut dalam diri saya kerana saya juga melayu.

Jika seorang melayu melakukan kesalahan, saya juga memikirkan kenapa kita melayu sedia menerima patuh kepada kepercayaan agama tetapi lemah dan sangat lemah dirinya?

Ada melayu yang boleh memberi jawapan kenapa?

  • Hussein Abdul Hamid
    Terjemahan hamdy -nama glamooo. 😁
4.8 13 votes
Article Rating
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Next Article
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Translate »
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x