Type to search

FEATURED

Tamrin Tun Ghafar : SIAPA  PAYUNG  SIAPA

Khamis – 25/02/21
( 1 –  18 )

1.   ” Mesyuarat Raja – Raja  di tangguh ke 30 Jun kerana PKP ” – itulah tajuk lapuran  Malaysiakini pada hari Selesa lepas  bersamaan 23hb Februari 2021

2.   Bersama tajuk tersebut disertakan gambar YDP Agung  sedang dipayungkan – itu sebenarnya adalah sebahagian adat istiadat yang digunapakai sekian lama bagi melindungi Raja apatah lagi Agung  dari terkena pancaran matahari atau percekan hujang

3.  Melihat gambar tersebut ia terus  mengimbau kembali  tulisan saya bertajuk :

TALIAN  HAYAT  TERAKHIR

pada Ahad 21/02/21 di perengan 6 yang menyentuh tentang beberapa ‘Bil Board’  besar  di 2 buah negeri dengan mesej :

‘Raja Adalah
Payung  Rakyat’

4.   PKP  adalah sengketan PERINTAH KAWALAN  PERJALANAN atau dalam bahasa Inggerisnya  MCO  yang bermaksud  MOVEMENT CONTROL   ORDER

5.  Atas sebab PKP  maka  Mesyuarat Majlis  Raja – Raja yang sepatutnya bersidang selama 2 hari TERPAKSA  di tunda ke 30hb Jun 2021  seperti  yang dinyatakan

6.  Dengan anjakan selama 4 bulan apakah ia bererti Agung dan Raja – Raja Melayu sudah dimaklum dan diyakinkan  oleh Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan bahawa peneluaran wabak COVID 19 ini PASTI  akan berakhir ,  dan ketika itu  TIDAK  PERLU  lagi   PKP  seperti selama ini sehingga  menyebabkan  Mesyuarat Majlis Raja – Raja pun TERPAKSA  ditangguh

7.  Sebenarnya kenyataan Pegawai Istana Negara berhubung penangguhan tersebut MENGGUNDANG  KRITIKAN  kerana ianya TIDAK MASUK  AKAL  dan  TIDAK  BOLEH  diterima  rakyat

8.   Takkanlah  Raja – Raja  HANYA  dimaklumkan tarikh Mesyuarat tersebut  seminggu  dua  sebelum itu  dan di tangguh atas alasan PKP  sehari SEBELUM  Mesyuarat  sedangkan  PKP telah dilaksanakan sejak setahun yang lepas

9.  Mereka  berkata budak – budak  sekolah pun akan ke sekolah tak lama lagi asalkan mengikuti SOP  begitu juga Kasino Genting , Pasar Malam  dan Restoran dan banyak lagi kelonggaran diberi

10.  Mungkin  Agung dan Raja – Raja hendak menjimat wang rakyat kerana bagi mengganjurkan Tele Conference  bulan Nobember dahulu  bagi Persidangan APEC  Kerajaan berbelanja  RM200 juta

11.  Kita bersyukur AKHIRNYA  Agung perkenan Parlimen boleh Bersidang mengikut masa yang difikirkan sesuai  ATAS  NASIHAT  Perdana Menteri ;  semuga  PERSETUJUAN  ini  BUKAN  merupakan satu  taktik Muhyiddin bagi menurukan suhu kemarahan rakyat

12.  Apa yang di TUNTUT  Rakyat  ialah :

i.   PEMBATALAN  SERTA MERTA  Perintah Darurat 

ii.   Agung  MENASIHAT  atau MENGARAH KAN  Muhyiddin yang TIDAK  PUNYAI  sokongan MAJORITI  Ahli  Parlimen  MESTI  MELETAK Jawatan dalam Bulan Februari ini juga ; lagi pun BUKAN  amalan kita kerajaan di ujudkan MELALUI  PINTU  BELAKANG , dan tidak secara langsung ia  MENCEMAR  reputasi Institusi Raja – Raja Melayu seolah – olah mereka BERSUBAHAT   dengan Perompak dan Pengkhianat ini

13.  JANGAN LAH   SEBAB  NILA  SETITIK  IA  MEROSAKAN  SUSU   SEBELANGA –  JANGAN  SEBAB  DIA SEORANG   MAKA  IMEJ  NEGARA  KHUSUS NYA INSTITUSI RAJA – RAJA  TERCEMAR

14.  Ada yang mengatakan jika Mat Sejuk atau Abahcow  ini boleh jadi Perdana Menteri  , ramai lagi  yang lebih BERKELIBER  dari beliau yang boleh diangkat

15.  Agong MESTI  menjemput dan mendengar  Tun Dr. Mahathir , Tengku Razaleigh Hamzah dan Anwar Ibrahim bagi membuat penilian

16.   Rakyat  kini DAHAGAKAN  payung bagi MELINDUNGI  DAN  MENYELAMATKAN  mereka dan nagara

17.  Lebih 700, 000 sudah hilang pekerjaan , hutang negara kini sudah mencecah RM1.3 Trillion  dan  banyak kilang – kilang besar  berpindah ke negara – negara jiran

18.   Seperti kata – kata dan mesej di ‘bil board’  yang  didirikan

‘Raja  Adalah
Payung  Rakyat’

maka diharap Agung dan Raja – Raja Melayu   BERTEGAS   dan  MENGGAMBIL   TINDAKAN  DRASTIK  MEMBANTU  MAJORITI  RAKYAT  bukan mempertahan dan melindungi  mereka yang MENGKHIANATI  undi rakyat

Wassalam
Terima Kasih

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags:
Translate »