Type to search

FEATURED

TALIAN  HAYAT  TERAKHIR





Tamrin Tun Ghafar

Ahad – 21/02/2021
( 1 –  25 )

1.   Jika kita masih ingat menjelang PRU14  lepas  yang berlangsung pada hari Rabu  9hb Mei 2018, rakyat, melalui DEKLARASI  RAKYAT   telah  meluahkan perasaan benci mereka kepada  UMNO/BN atas sebab – sebab yang telah diketahui umum.

2.   Namun usaha itu TERBANTUT  apabila Agong dan sebahagian besar Raja – Raja  Melayu ketika itu  ENGGAN   mendengar  rintihan  mereka, malah ada Raja dan keluarga berkempen bagi memenangkan UMNO/BN; satu tindakan  yang  telah MELANGGAR   Perlembagaan.

3.   Sebagai seorang PEJUANG, Tun yang ketika itu berusia 92 tahun, seperti seekor kuda  yang jatuh namun tetap bangkit semula, tidak putus asa.

4.   Akhirnya rakyat ,  TANPA  MEMPEDULIKAN keengganan Agong dan Raja – Raja Melayu MENDENGAR  bantahan mereka,  buat pertama kali  sejak Merdeka  MENOLAK  UMNO/BN.

5.   KINI  SEKALI LAGI   rakyat  benar – benar  MERAYU  agar  Agong dan Raja –  Raja Melayu MENGENEPIKAN  segala kepentingan  peribadi, jika ada, MENDENGAR   DAN  BERTINDAK 
MEMBATALKAN  DARURAT  yang telah  mereka persetujui DAN MENGGANTIKAN  SERTA MERTA  Muhyiddin  yang TELAH  HILANG  MAJORITI sebagai Perdana Menteri

6.  Rakyat masih terbayang bagaimana di sebuah negeri ‘bill board’ yang besar dengan gambar Raja dan Permaisuri  dengan ayat “RAJA  ADALAH  PAYUNG  RAKYAT” ; begitu juga ‘bill board’ seorang Raja bersama Permaisuri dipayungkan seolah – olah  memberi mesej yang sama.

7.  Apakah kali ini Agong dan Raja – Raja Melayu  AKAN  MEMBUKTIKAN  seperti  apa yang terpapar   di ‘bill board’  tersebut ?

8.  Apabila Megat Seri Rama, Laksamana Bentan melafazkan kata – kata

RAJA  ADIL
RAJA  DI SEMBAH
RAJA ZALIM
RAJA DI SANGGAH

ia sebenarnya adalah nasihat berbentuk kata – kata yang berguna dari  seorang rakyat  yang patuh, namum tidak dapat menahan kemarahannya.

9.  Mulai peristiwa gelap itu yang diingati sebagai

SULTAN  MAHMUD  MANGKAT 
DI JULANG

sehingga  ke hari ini Melaka  yang melahirkan  ramai Sultan tidak lagi mempunyai Raja atau Sultan.

10.   Kita bersyukur rakyat akur dan hormat Raja – Raja yang telah diberi kepercayaan.

11.  Tidak seperti apa yang pernah dan sedang berlaku terhadap Raja – Raja di luar sana, seperti kebangkitan  Mao Tse Dong di China, Lenin di Rusia, Revolusi Rakyat di Perancis, Kebangkitan Rakyat di Indonesia dan di Iran dan kini apa yang sedang berlaku di Thailand yang sememangnya tidak terlintas dalam fikiran.

12.  “JANGAN  BERI  AMANAH  KEPADA  GOLONGAN  TERPALIT  RASUAH ”  –  itulah  tajuk yang tersiar di kebanyakan media cetak dan elektronik ekoran Titah Baginda Sultan Nazrin, Sultan Perak  tidak lama dulu.

13.  Mengapa media begitu berminat  melaporkan ucapan itu?; apakah mereka ketandusan berita atau ada mesej tertentu yang hendak mereka sampaikan?

14.  Seperti pesanan Khairuddin Abu Hassan, Mesyuarat Majlis Raja – Raja  PERLU MENELITI dan MENGHALUSI pandangan Azalina Othman Said, Peguam dan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Rakyat.

15.  Khairuddin sendiri dengan sokongan Majlis Peguam Islam Malaysia, Majlis Peguam Negara dan Tun Dr. Mahathir dan beberapa pemimpin PEJUANG  telah memulakan TINDAKAN  MAHKAMAH  terhadap  ‘nasihat’ Muhyiddin yang TIDAK ADA  SOKONGAN majoriti Ahli – Ahli Parlimen  kepada Yang Di Pertuan Agong.

16.  Yang Di Pertuan Agong adalah TUNGGAK  rakyat, justeru  kita  MESTI mempertahankan Institusi ini  ASALKAN kita semua faham dan akur bahawa PERLEMBAGAAN NEGARA ADALAH  SUPREME atau YANG TERATAS SEKALI.

17.  Baru – baru ini Sarawak Report mendedahkan kononnya Tengku Mahkota Pahang  telah membeli sebuah rumah di England dengan harga  RM350 juta dengan belanja kos mengurus rumah tersebut ialah £5 juta atau RM25 juta setahun bersamaan RM2 juta sebulan.

18.  Tidak mustahil laporan itu palsu atau sengaja diada – adakan  bagi tujuan  memburukan imej Tuanku dan Negara namun rakyat BERHARAP  Agong sebagai KETUA NEGARA  MENGGAMBIL  tindakan undang – undang dengan kadar SEGERA  terhadap Sarawak Report bagi MEMBERSIHKAN DIRI dan MENJAGA  MARUAH  rakyat.

19.   JIKA tidak berbuat demikian berkemungkinan besar berbagai persoalan akan bermain di fikiran rakyat :

i.   Apakah tuduhan Sarawak Report itu benar dan berasas

ii.   Dari sumber kewangan  mana  Tengku  Mahkota Pahang itu  boleh membeli sebuah rumah di England yang begitu besar dengan harga belian RM350 juta dan kos penyelengaran sahaja berjumlah £5 juta  atau RM25 juta bersamaan RM2 juta sebulan

iii.   Apakah Tengku Mahkota Pahang  TELAH  membayar cukai pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri  atau LHDN  hasil keuntungan perniagaan beliau ?

iv.  Di harapkan  juga Agong  MENAFIKAN    cakap – cakap  dikalangan rakyat  bahawa disebabkan  kepentingan / keuntungan peribadi  maka  Muhyiddin  kini  AMAT  SELESA  dengan kedudukan beliau  WALAUPUN  TIDAK  PUNYAI  sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat ; ini jelas bertentangan dengan PERLEMBAGAAN

20.  Perkara 34 (2), (3) dan (6) Perlembagaan – ia berhubung dengan:

KETIDAKBOLEHAN
YANG DI PERTUAN  AGONG DAN PERMAISURI

justeru rakyat ingin kepastian samada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan  Agong boleh menggunakan kedudukannya MEMPENGARUHI Kerajaan dalam apa-apa keputusan dan tindakan untuk mendapatkan apa-apa projek diberikan kepada mana-mana syarikat atau badan atau individu yang akhirnya mendapat  keuntungan  perbadi atau keluarga; terserahlah kepada pakar-pakar Perlembagaan dan Mahkamah MENTAFSIRKAN perkara ini.

21.  Yang penting kita rakyat Malaysia sama – sama membangunkan semula Negara ini dengan MENGHAPUSKAN  SEGALA  amalan rasuah, salah guna  kuasa dan mereka yang mengambil  peluang dan kesempatan  bagi kepentingan diri dan keluarga.

22.  ‘JANGAN  BERI  AMANAH  KEPADA  MEREKA  YANG  TERPALIT  RASUAH  DAN  YANG  TIDAK BERMARUAH “

23. Surah  Al – Waqi’ah  27 : 83 di muka surat 537 berbunyi :

‘ Maka Mengapa Tidak Menghalang Ketika Nyawa Telah Sampai Di Korongkong ‘

24.  Kepada Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja Melayu  ANGGAPLAH  RAYUAN  INI SEBAGAI  TALIAN HAYAT  TERAKHIR RAKYAT.

25.   ‘JANGAN  SEBAB  NILA  SETITIK  ROSAK  SUSU  SEBELANGA’

Semoga Yang Di Pertuan Agong dan Raja – Raja  Melayu turut meneliti tulisan ini

Wassalam
Terima Kasih

4.8 25 votes
Article Rating






Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags:

You Might also Like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Translate »
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x