LOADING

Type to search

HUMANITIES IN MIND

COVID 19 : Semoga Allah melindungi kita semua.





Drpd members of KKM:

This is for our family members:-

Harini 3000 + kes
Hospitals’ capacity di red zones are stretched to max limits.
We are overwhelmed.
Situasi minggu ini sangat kritikal berbanding minggu lepas atau 2 minggu lepas.

Currently, ramai patient yg positive tak dapat dimasukkan ke hospital/pusat rawatan – which means they are quarantined at home. Ada yg deteriorate (menjadi teruk); ada yg dibawa jenazah ke hospital (menjadi teruk & meninggal di rumah).

Kalau antara ahli keluarga kita yg dijangkiti covid (naudzubillah); kami most likely tak dapat nak tolong dari segi rawatan/mendapatkan admission di hospital. Sedangkan antara rakan sekerja kami pun (yg positive) ada yg masih tak dapat dimasukkan utk rawatan & menunggu berhari-hari.

Saya mohon dgn rendah diri & atas rasa kasih sayang kepada keluarga ini:

1) Jangan ziarah menziarahi buat masa ini sehingga keadaan reda. Saya faham kerajaan tak hadkan travelling/kebanyakan aktiviti etc tapi bukan bermakna kita tidak boleh menilai risiko yg ada.

2) Bab solat berjemaah di masjid/surau- sekiranya bukan kerana tugasan – saya mohon dgn niat di hati adalah utk menghalang mudharat yg lagi besar – utk ahli keluarga kita tidak pergi buat masa ni. Sekiranya ada yg masih ingin pergi, berwudhu di rumah & keringkan muka sebelum pakai mask, guna sejadah sendiri dan tlg pastikan pakai face mask at all times walaupun ketika sedang solat & tinggalkan masjid/surau sejurus selepas solat.

3) Jangan makan di restoran/di luar.

4) Jika perlu keluar, pakai mask & face shield/protective goggles
Beli face shield – boleh diguna semula lepas sapu alcohol rub on it/ basuh dgn sabun & air dan keringkan. Kombinasi face shield + mask akan turunkan risiko.

Mata yg terdedah akan senang dijangkiti airborne droplets.

5) Di tempat kerja:

🚨JGN makan bersama orang lain.
Jika pantry/ruang makan di tpt kerja ada org lain – pergi cari sudut yg secluded utk makan.

Makan bersama adalah satu faktor utama penyebaran covid19.

🚨Jgn solat di ruang yg sempit dan ada org lain. Pandai2 la cari bilik/ruang utk solat sendirian.

🚨Kalau boleh di dlm ruang kerja (tak kira la kerja apa – business/office/factory etc) – pakai mask + face shield.

6) Kalau ada appointment di hospital/klinik dlm masa sebulan dua ni – saya rasa better tangguhkan & mohon tarikh baru & just mohon ambil ubat sahaja di hospital/klinik.

7) Sekiranya ada antara kita sangat perlu menziarah ibu bapa atau mertua- saya cadangkan utk bergilir dan jarakkan waktu antara 2 rumah yg berbeza.

Contoh:
Minggu pertama ziarah mak, selangkan jarak masa minima 10 hari baru pergi melawat mak mertua.

10 hari ialah jangka masa sekiranya ada jangkitan covid – it will by that time incubate, develop and finish (provided if you are asymptomatic)

Senang kata:
giliran & selang masa ini adalah untuk menurunkan risiko berlakunya Kluster antara 2 keluarga berlainan.
Which is apa yg kami nampak sekarang berlaku.

😎 Banyakkan berdoa utk kita semua. Amalkan doa-doa sahih dgn penuh keyakinan.

9) Tolong tolong tolong jangan percaya atau sebarkan segala berita palsu mengenai covid – especially about conspiracy theories (nope, kitorang tak dapat sesen pun extra dgn ramainya pesakit covid), about vaccine, about rawatan natural/segala remedies yg claim akan rawat covid etc etc

10) Mohon tangguhkan perjumpaan sosial – we let our guards down when we meet friends/loved ones.
Kebanyakan kes bukan dapat dari pergi kedai beli barangan rumah/jogging;
kebanyakan kes dapat dari ahli keluarga/kawan/rakan sekerja/partners/orang yg biasa dijumpai

11) Sekiranya perlu ada any form of work/business meetings – try to have it virtually.

Now is equivalent to war & triage system digunakan utk memilih utk selamatkan pesakit.
Antara yg tua & muda – yg muda akan dipilih.
Antara yg ada masalah paru-paru/perokok dengan yg tak merokok – yg tak merokok akan dipilih.

COvid destroys your lungs.
Pesakit jangkitan moderate/severe – lung akan jadi macam bentuk sarang lebah/ sponge keras yg sarat dengan kahak yg sgt pekat.

Covid is not as simple as a flu.
Kes covid yg teruk – sangat teruk.
Kes covid yg mild atau asymptomatic pula – ramai yg selepas covid develop post-covid syndrome/complications yang affect pelbagai organ.

Mohon maaf kalau apa yg ditulis menyinggung/menggusarkan but this is reality.
I truly fear for us.

Semoga Allah melindungi kita semua.
لا اله الا انت سبحنك اني كنت من الظلمين

4.7 14 votes
Article Rating







Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags:

You Might also Like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Translate »
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x