LOADING

Type to search

CORRUPTION NATION

TRANSAKSI TANAH MILIK DBKL : Damming put down of DBKL SOP by PAC.

PENGERUSI JAWATANKUASA
KIRA-KIRA WANG NEGARA (PAC)
MERANGKAP AHLI PARLIMEN IPOH TIMUR
PEJABAT JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG NEGARA PARLIMEN MALAYSIA, JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR

Tel
Faks
Email Laman Web

: 03-2601 7263 / 2698 6852 (DL)
: 03-2698 9218
: [email protected]
: http://www.parlimen.gov.my/pac

17 November 2020

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PEMBENTANGAN LAPORAN PAC PARLIMEN BERHUBUNG

TRANSAKSI TANAH MILIK DEWAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR (DBKL) DI BAWAH KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN (KWP)

  1. 1)  PAC Parlimen hari ini, membentangkan Laporan PAC berhubung Penjualan Tanah Milik Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) di Dewan Rakyat.
  2. 2)  Isu ini telah menjadi perdebatan di kalangan rakyat dan membabitkan kepentingan negara. Berikutan itu, PAC Parlimen telah menetapkan Terma Rujukan (TOR) bagi menjalankan prosiding ini seperti berikut:
    1. i)  Mengenal pasti manual operasi standard (SOP) penjualan tanah milik DBKL;
    2. ii)  Mengenal pasti SOP pembangunan tanah di bawah seliaan DBKL dan ruang pandangan yang diberikan kepada penduduk;
    3. iii)  Jumlah keluasan tanah milik DBKL yang belum dibangunkan serta pecahan kawasan hijau, rekreasi, kediaman dan komersial yang terkesan menerusi pemakaian versi akhir Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020;
  1. iv)  Status tanah meragukan yang dijual serta tindakan yang diambil oleh pihak Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL;
  2. v)  Kewujudan konflik kepentingan dalam isu ini, khususnya menerusi penglibatan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), sama ada dalam penjualan tanah atau pemaju bersama tanah-tanah milik DBKL; dan
  3. vi)  Status kes Tanah Rimba Kiara.

3) PAC Parlimen memulakan Mesyuarat Prosiding berhubung isu ini dengan memanggil pihak yang terlibat dengan transaksi penjualan tanah milik DBKL iaitu:

  • 4 April 2019

    Kementerian Wilayah Persekutuan:

    1. i)  YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad (Menteri Wilayah Persekutuan)
    2. ii)  YBhg. Datuk Seri Haji Saripuddin bin Haji Kasim (Ketua Setiausaha

      Wilayah Persekutuan)

  • 23 April 2019

    Jabatan Peguam Negara:

i) YBhg. Tuan Tommy Thomas (Peguam Negara Malaysia)

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia:
ii) YBhg. Dato’ Sri Mohd Shukri Abdull (Ketua Pesuruhjaya)

• 19 Ogos 2019

Peguam:
i) Tuan Derek John Fernandez

• 20 Ogos 2019

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur:
i) YBhg. Dato’ Nor Hisham bin A Dahlan (Datuk Bandar)

• 12 November 2019

Kementerian Wilayah Persekutuan:

  1. i)  YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad (Menteri Wilayah Persekutuan)
  2. ii)  YBhg. Datuk Seri Haji Saripuddin bin Haji Kasim (Ketua Setiausaha

    Kementerian Wilayah Persekutuan)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur:
i) YBhg. Dato’ Nor Hisham bin A Dahlan (Datuk Bandar)

4) Prosiding terakhir terhadap Penjualan Tanah Milik DBKL adalah pada 12 November 2019 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 16 November 2020.

5) Berdasarkan prosiding berkenaan, PAC Parlimen membuat rumusan bahawa:

  1. i)  DBKL tidak mempunyai sebarang SOP bagi urusan pelupusan atau penjualan tanah miliknya. Hanya selepas tahun 2015, DBKL menambah baik proses penjualan dan pelupusan tanah menerusi pemerkasaan Jawatankuasa Penswastaan melalui penyediaan senarai semak yang mempunyai prosedur yang lebih terperinci dan mendapat pengiktirafan ISO (tahun 2017).
  2. ii)  Kaedah penyelesaian terhadap 97 transaksi penjualan tanah milik DBKL yang telah terjual sejak tahun 2011 tidak merujuk kepada sebarang SOP. Proses tersebut adalah terlalu longgar, terdedah kepada penyalahgunaan kuasa dan kurang melindungi kepentingan DBKL dan warga kota Kuala Lumpur.
  3. iii)  Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang telah diluluskan oleh Menteri adalah berbeza dengan draf pelan yang dibentangkan kepada orang awam pada 2008. Draf pelan yang digazet belum pun mendapat maklum balas daripada semua pihak berkepentingan di Kuala Lumpur.
  4. iv)  Lebih daripada 200 arahan pembangunan (DO) telah dikeluarkan oleh DBKL sementara menunggu kelulusan Menteri Wilayah Persekutuan ke atas pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang menyebabkan beberapa perubahan berikut:
    • Kesan negatif kepada alam sekitar;
    • Penukaran kepada zon komersil; dan
    • Penambahbaikan kepadatan (density) termasuk plot ratio.
  1. v)  Pengurusan YWP terdedah kepada konflik kepentingan memandangkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur turut memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah dalam WYP yang mempunyai urusan pembelian tanah dengan DBKL. Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur adalah berperanan sebagai custodian yang melindungi kebajikan warga kota Kuala Lumpur.
  2. vi)  Pengurusan YWP sebagai sebuah syarikat yang didaftar di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Syarikat 2016) tidak dapat dipantau oleh mana- mana pihak berkuasa termasuk JAN.

6) Sehubungan itu, PAC Parlimen mengesyorkan kepada Kerajaan supaya:

  1. i)  Urusan penjualan dan pelupusan tanah milik DBKL perlu dijalankan secara telus, terbuka dan berdasarkan SOP yang komprehensif. Ini termasuklah bidang kuasa yang diperuntukkan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan proses kerja berkaitan.
  2. ii)  KWP dan DBKL perlu mengkaji semula Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 dengan mengambil kira perubahan daripada draf asal. Ini kerana dalam tempoh masa antara draf pelan dan pelan yang telah diwartakan, lebih 200 DO telah dikeluarkan secara khusus mengakibatkan kesan negatif kepada alam sekitar, penukaran kepada zon komersil dan penambah kepadatan (density) termasuk plot ratio.
  1. iii)  Kerajaan perlu mengkaji semula fungsi dan kesesuaian YWP selari dengan hasrat penubuhannya bagi melindungi kebajikan warga kota Kuala Lumpur. Struktur dan amalan YWP yang sedia ada tidak membolehkan penglibatan Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur tanpa kewujudan konflik kepentingan.
  2. iv)  Status YWP hendaklah diubah menjadi sebuah badan berkanun bagi membolehkan pemantauan yang lebih efektif oleh pihak Kerajaan.

7) Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti Laporan PAC Parlimen berhubung Penjualan Tanah Milik Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Kementerian Wilayah (KWP) boleh memuat turun (download) laporan berkenaan di laman web PAC di alamat www.parlimen.gov.my/pac.

Sekian, terima kasih. YB Wong Kah Woh

 

 

 

 

4.9 8 votes
Article Rating

Tags:

You Might also Like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x