LOADING

Type to search

IN MIND POLITICS

Tamrin Ghaffar : Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bangsat!

AHLI PARLIMEN YANG PALING BANGSAT

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat – 20/11/20
( 1 – 21 )

1. ‘Orang Berbudi
Kita Berbahasa
Orang Memberi
Kita Merasa’

2. Jika Kita Tidak
Boleh Membalas
Budi
Sekurang
Kurangnya
Kita
Tahu Mengenang
Budi

3. Tiong King Sing, Ahli Parlimen Bintulu , Sarawak AKAN DIKENANG sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlalu BANGSAT oleh generasi kini dan akan datang.

4. Tindakan beliau melemparkan tuduhan liar terhadap Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan yang BEKERJA KERAS menangani Wabak Covid 19 telah mengundang kritikan rakyat kerana rakyat faham Tan Sri Noor Hisham adalah kepala atau ketua ribuan doktor dan Kakitangan Hospital dan Kementerian; mereka TERPAKSA berpisah dengan keluarga, bertarung nyawa bagi menyelamatkan kita semua.

5. Yang peliknya dari 72 orang Menteri, yang Bertaraf Menteri dan Timbalan hanya salah seorang Timbalan Menteri Kesihatan sahaja yang bersuara, itu pun SETELAH Tun Dr. Mahathir ( Ahli Parlimen Langkawi ) dan beberapa Ahli Parlimen DAP membuat kritikan tegas.

6. Sepatutnya Ahli Parlimen itu mempersoalkan di mana ‘hilangnya’ Adham Baba , Menteri Kesihatan dan 2 orang Timbalannya yang TIDAK MUNCUL.

7. Mungkin oleh kerana yang melakukan perbuatan keji dan hina terhadap KP itu adalah PENGAMPU Muhyiddin Yassin, yang kebetulan pula telah melantik beliau sebagai Duta Khas Malaysia ke China bertaraf Menteri, maka parti – parti lain dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional SENYAP SERIBU BAHASA.

8. Beliau, jika faham, sepatutnya merasa lega kerana saya memilih untuk tidak menggunakan tajuk yang LEBIH KESAT seperti Ahli Parlimen Haramjadah, Barua, Bangkai, Binatang, Yang Tak Tahu Mengenang Budi dan beberapa perkataan lain.

9. Di satu ketika dahulu Lim Guan Eng dipenjarakan kerana MEMPERTAHANKAN MARUAH seorang gadis Melayu bawah umur yang telah diperkosa oleh seorang pemimpin UMNO.

10. Dalam kes terbaru ini 2 orang Ahli Parlimen DAP yang BUKAN Melayu, YB RSN Rayer (Jelutong) dan YB Lim Lip Eng (Kepong) dihalau keluar dari Dewan Parlimen kerana mahu MEMBELA Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, seorang Pegawai Tinggi Kerajaan yang kebetulan seorang Melayu / Islam yang dicemuh oleh BANGSAT ini.

11. Di mana Ahli – Ahli Parlimen dari UMNO, PAS dan BERSATU dan juga Parti – Parti lain yang kononnya berjuang untuk Melayu / Islam; mereka TIDAK BERSUARA seolah – olah PEKAK dan BISU – apakah berkemungkinan mereka ini semua TELAH TERMAKAN BUDI dari Ahli Parlimen BANGSAT ini?

12. Cuba bayangkan apa akan jadi jika sekiranya Ahli Parlimen DAP yang membuat serangan seperti yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bintulu itu; SUDAH PASTI mereka akan diserang bertubi – tubi oleh UMNO , PAS dan BERSATU dan NGO – NGO dan Parti – Parti Melayu lain atas dasar PERKAUMAN.

13. Saya tidak pasti sama ada Ahli Parlimen Bintulu ini adalah Tiong yang PERNAH DIKAITKAN dengan skandal tanah PKFZ di Kawasan Pelabuhan Kelang di satu ketika dahulu.

14. Jika tekaan itu benar, ini bererti jika ada Ahli – Ahli Parlimen Melayu / Islam yang mungkin disogok dengan wang ringgit , mereka dan keluarga sebenarnya telah TERMAKAN DUIT HARAM.

15. Muhyiddin pula TIDAK akan bertindak terhadap beliau seperti MELUCUTKAN jawatan Duta Khas ke China Bertaraf Menteri kerana PERLUKAN SOKONGAN beliau.

16. Oleh kerana TAKUT terus diserang dan boleh menjejaskan Muhyiddin sendiri maka akhirnya atas nasihat, beliau TERPAKSA meminta maaf – sama ada ikhlas atau sebaliknya itu pada beliau tidak penting.

17. JIKA ‘BUDGET’ pun TIDAK dibentangkan di Kabinet dan Menteri pula TAK TAHU apa yang dilakukan oleh Timbalannya dalam kes JASA, maka jawabnya Kerajaan Perikatan Nasional atau PN pimpinan Muhyiddin SEMEMANGNYA TERLALU LEMAH dan Ahli – Ahli Parlimen pula boleh ambil kesempatan buat dan kata apa sahaja seperti Ahli Parlimen BANGSAT ini.

18. BUDGET YANG DI BENTANGKAN BUKAN UNTUK MENANGANI WABAK COVID 19 DAN UNTUK RAKYAT, TAPI IA LEBIH KEPADA MENENTU DAN MENGUATKAN KEDUDUKAN MEREKA YANG GILA KUASA TERUS KEKAL.

19. Itulah sebabnya ‘Budget’ yang dibentangkan baru – baru ini TIDAK BOLEH DISOKONG oleh mana – mana Ahli Parlimen jika mereka punyai fikiran WARAS!!

20. ‘Terlajak Perahu
Boleh DiUndur
Terlajak Kata
Buruk
Padahnya’

21. Sebenarnya yang takut mati ialah ialah Ahli Parlimen Bintulu itu sendiri dan Menteri Air Suam yang dimaklumkan memang berhasrat menggantikan Tan Sri Noor Hisham kerana beliau lebih diyakini dan dipercayai oleh rakyat dari Menteri bodoh yang dilantik oleh seorang yang LEBIH MEMENTINGKAN DIRI dari segala yang lain.

Wassalam
Terima Kasih.

 

 

 

4.9 32 votes
Article Rating

Tags:

You Might also Like

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x