LOADING

Type to search

Tamrin Tun Ghaffar : NOTHING TO HIDE’ – BERANIKAH MUHYIDDIN?

Tamrin Tun Ghafar

Sabtu – 20/09/2020
( 1 – 20 )

1. Bagaimana PENGKHIANATAN Si Kitol sehingga bukan sahaja merupakan punca kehancuran Kesultanan Melayu Melaka bahkan tanpa disedari tindakannya juga telah memecah belahkan masyarakat Melayu ketika itu.

2. Bencinya rakyat terhadap PENGKHIANATAN tersebut, setelah dihukum, mayat dan rumahnya dihumbankan ke dalam laut.

3. Walaupun cerita itu dongeng atau direka, namun ia menjadi ingatan kepada kita semua agar berhati – hati terhadap PENGKHIANAT yang pintar berlakon dan hanya pentingkan diri semata-mata.

4. Kira – kira 2000 tahun dahulu, Raja Rom, Julius Ceaser telah dibunuh oleh ORANG KEPERCAYAANNYA, Brutus atas alasan kononya hendak menyelamatkan Rom dari kehancuran, namun selepas peristiwa tersebut keadaan ekonomi di Rom menjadi lebih gawat lagi.

5. Brutus yang berjaya melakukan PENGKHIANATAN tersebut dibantu oleh sebahagian Ahli Parlimen Rom.

6. Apa yang pernah berlaku terhadap Julius Ceaser dan cerita dongeng Si Kitol sudah pun berlaku beberapa bulan lepas di negara kita ini.

7. Muhyiddin , Azmin dan Hamzah adalah PERANCANG UTAMA yang sanggup menggigit tangan yang memberi mereka makan kepada mereka.

8. Sebenarnya peristiwa LANGKAH SHERATON adalah langkah terakhir menjelang RAMPASAN KUASA sehingga penubuhan KERAJAAN PINTU BELAKANG atau istilah Lebai Malang ialah KERAJAAN TEBUK ATAP.

9. Tidak masuk akal Tun boleh peluk UMNO dan penyokong kuatnya, PAS sedangkan sebahagian besar pemimpin mereka terdiri dari 4 golongan iaitu – PENIPU,
PENYAMUN, PEROMPAK dan PENCURI.

10. Oleh kerana terlalu bodoh dan tak bermaruah mereka dibawah begitu mudah digula-gulakan dengan hanya mendapat sedikit upah seperti duit poket, kenderaan dan baju T percuma, duit minyak kereta dan motosikal, mereka akan berarak ke hulu ke hilir dengan melaungkan –
‘HIDUP MELAYU !!!’

11. Amat mustahil mereka yang berjawatan seperti Menteri, Timbalan Menteri dan Pengerusi – Pengerusi GLC AMBIL PEDULI saranan Tengku Razaleigh Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Penasihat UMNO agar mereka meletak jawatan.

12. Yang penting bagi mereka ialah gaji yang lumayan dan kemudahan – kemudahan lain seperti elaun rumah dan keraian, kereta, kemudahan kapalterbang dan bilik VIP , pemandu dan bodyguard yang terpaksa membawa fail mesyuarat; mereka ini langsung TIDAK PUNYAI PERASAAN MALU DAN TIDAK BERMARUAH.

13. MUHYIDDIN :

Salah seorang PENGKHIANAT yang mempunyai sejarah TIKAM BELAKANG sejak era Othman Saat ( Alfatihah ) lagi, diikuti bagaimana di saat akhir beliau mensabotaj Abdullah Ahmad Badawi dengan kenyataannya dari Singapura dan kemudian berkaitan Najib Tun Razak dalam isu 1MDB.

Bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pula beliau tergamak melakukan apa sahaja termasuk megenepikan kawannya, Ali Rustam, kini TYT Melaka dan Isa Samad , mantan Pengerusi FELDA.

Sehingga kini beliau TIDAK BERANI menyaman Azwanddìn Hamzah, mantan Presiden Jaringan Melayu Malaysia atau JMM berhubung isu hubungan seks sulit dan haram beliau dengan Nika Gee Siew Yee, ISTERI Stanley Clement Augustin , seorang Pendakwa Raya atau DPP ketika itu.

Kadang – kadang terfikir tak mungkin anak Pak Lebai yang dilihat sebagai budak baik dan boleh dipercayai dengan membaca doa di kaca TV boleh MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS dengan isteri orang?; sejahat – jahat lelaki biasanya tidak menyentuh isteri orang.

14. AZMIN ALI:

Pernah bertugas dengan Dr. Mahathir dan kemudian dengan Anwar Ibrahim sebagai Setiausaha Sulit di pelbagai kementerian.

Hubungan beliau dengan Anwar mula renggang ekoran LANGKAH KAJANG yang berakhir dengan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Walaupun di satu ketika dahulu dianggap sebagai orang yang paling rapat dan dipercayai Tun Dr. Mahathir namun rupa – rupa beliau adalah umpama seekor ular di dalam selimut yang SANGGUP MEMATUK Tuannya.

Kini merupakan orang kepercayaan Muhyiddin ; setelah dilantik sebagai Menteri Kanan dan bagi tujuan mengampu beliau sanggup membuat tuduhan kononnya selama 22 bulan memerintah Kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir telah gagal memulihkan ekonomi negara sedangkan beliau sendiri adalah Menteri Ekonomi ketika itu.

Tak pasti sama ada beliau BERANI SAMAN MALU Haziq Aziz dalam kes SEMBURIT – ini adalah tuduhan AMAT SERIUS yang bukan sahaja mencalar maruah beliau malah keluarga dan kedudukan sebagai seorang Melayu dan beragama Islam.

15. HAMZAH ZAINUDDIN:

Menteri Dalam Negeri yang dihantar Muhyiddin bersama Nardin Awang, Setiausaha Politik Muhyiddin untuk cuba melobi agar Musa Aman dilantik sebagai Ketua Menteri menggantikan Shafie Apdal namun misi itu telah menemui kegagalan.

Hamzah dan beberapa rakan MP telah melompat dari UMNÒ ke BERSATU.

Juga merupakan orang kepercayaan Muhyiddin sehingga beliau BERJAYA MENGATASI beberapa pengasas BERSATUbagi jawatan Setiausaha Agung parti itu.

Semasa kes liwat pertama dahulu, beliau telah MENUDUH Anwar Ibrahim cuba MENGGODA isteri kedua beliau; satu tuduhan yang melanggar undang – undang, namum difahamkan sehingga ke hari ini TIDAK ADA sebarang tindakan undang – undang pun di ambil terhadap Anwar tambah pula kini beliau merupakan Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal polis – sama ada perkara itu benar-!benar berlaku atau sebaliknya –
HANYA JAUHARI SAHAJA YANG MENGENALI MANIKAM.

16. Kini rakyat ‘confuse’, tak tahu cerita sebenar mengenai PERLETAKAN JAWATAN Tun sebagai Perdana Menteri, justeru dicadangkan kedua – dua mereka, Tun Mahathir dan Muhyiddin disemukakan di satu pentas agar rakyat tahu siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong – ia serupa juga dengan konsep :

‘NOTHING TO HIDE’.

Hanya ketika itu Najib PENGECUT, memberi berbagai alasan yang tak masuk akal sehingga polis dikerah TIDAK MEMBENARKAN Tun meneruskan ucapan di pentas yang disediakan.

17. Sekurang – kurangnya walaupun BUKAN ISLAM, Chua Soi Lek, telah berani MENGAKU bahawa lelaki dalam gambar yang sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita yang bukan isterinya adalah beliau, dan dengan pengakuan tersebut beliau MELETAK SEMUA JAWATAN , Menteri dan Presiden Parti MCA serta merta.

Ini namanya ANAK JANTAN , BERANI BUAT BERANI TANGGUNG, bukan bersembunyi disebalik MEMBACA DOA dan TIDAK BERANI MENGAMBIL SEBARANG TINDAKAN UNDANG – UNDANG terhadap Azwanddin Hamzah atau Lokman Adam.

18. Bagi mengakhiri tulisan ini saya telah diizinkan menggunakan seloka atau pantun dengan sedikit pindaan berikut oleh sahabat saya, Dato’ Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz yang lebih dikenali sebagai SAKMONGKOL AK47 :

‘Dagang Pak Malau
Dagang Bertempat
Dagang Hamba
Musafir Lalu
Semoga Mereka
Berani Berdebat
Dedahkan Segala
Tuduhan Palsu’

19. Kita doakan agar beliau kembali pulih segera dari segala penyakit yang beliau alami sejak beberapa tahun lepas.

20. Untuk makluman, SAKMONGKOL pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Kawasan Pulau Tawar dalam Parlimen Pekan dan pernah bertugas sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian tersebut; beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Raub atas tiket Parti DAP.

Wassalam
Terima Kasih.

 

 

 

Tags:

You Might also Like

Next Up