Jika hanya
kerana dihulur lembaran Ringgit
tanpa segan dan malu
kamu menadah tangan menerima
tanda syukur rezeki yang mendatang
kamu
sudah melacur undi
sedia menggadai impian
setuju menjadi khadam
kepada mereka pemburu undi
dan ketika kamu
menggerak jari
memangkah ikut rentak
yakinlah kamu
tanpa penyesalan
tanpa maruah
telah menjaja
menjual masa depan anak.
melenyapkan impian mereka.

[ Norman Fernandez ]

Rating: 5.0/5. From 26 votes.
Please wait...
Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •